Thursday, June 21, 2007

pelajaran 1 -10

Berikut ini adalah pelajaran yang perlu dihayati sebelum seseorang itu cuba menurunkan dan mengawal berat badan. tanpa pelajaran khusus ini, mungkin segala penat lelah anda akan menjadi sia-sia. tambahan pula sekiranya anda membelanjakan sejumlah wang untuk tujuan ini.


Kawalan berat badan sepatutunya datang dari dalam diri anda sendiri melalui pengetahuan dan tindak tanduk yang menyumbang kearah itu. Saikologi juga amat penting untuk mementukan kejayaan yang berpanjangan. Mengambil jalan mudah dengan bergantung kepada ubat, produk dan orang perseorangan juga bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Apa yang terbaik ialah menukar paradigma dan pandangan kita kepada makanan.

Makanan bukanlah barangan yang kita gunakan untuk memuaskan nafsu, memenuhkan perut dan menghabiskan wang. Kita makan untuk mendapat tenaga secukupnya untuk aktiviti harian, mendapat zat yang secukupnya untuk mengoptimumkan semua proses biokimia tubuh dan menchegah badan dari penyakit dan penuaan yang cepat. Itu sahaja.

Telah menjadi fitrah dan naluri manusia suka kepada kelazatan makanan. Oleh itu makan dan rasalah makanan kegemaran kita dalam kadar yang berpatutan. Semua makanan walaupun air, jika diambil terlalu banyak akan mengundang bahaya. Bersederhana adalah jalan terbaik.


PELAJARA
N 1

Pertama sekali dalam hal penjagaan badan adalah mental kita. Badan mempunyai hubungan yang sangat sebati dengan mental atau fikiran kita. Ini di panggil LAW OF ATTRACTION. Ertinya kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Badan akan menjadi apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikir kita gemuk, kita gemuklah. Kalau kita fikir perut kita bunchit maka bunchitlah ia. Kalau kita kurus tapi kita takut gemuk dan selalu memikirkan tentang gemuk, maka kita akan menjadi gemuk satu hari nanti. Betul. Sebenarnya ia tidak berkaitan dengan genetik dan sebagainya. Ada orang yang mak bapa gemuk tapi dia tidak. Ada orang mak bapa kurus, tapi dia gemuk.

Semakin kerap kita memikirkan badan kita gemuk maka badan akan menahan diri dari menjadi kurus. Sekarang kita tukar paradigma kita. Seringlah memikirkan yang badan kita ini kurus. Bayangkan setiap hari sebelum tidur, sewaktu bangun tidur, waktu kita buat apapun, fikirlah kita ini kurus, kurus, kurus, kurus atau apa bentuk badan yang kita hendak, insyaallah kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Ambillah gambar kita waktu kita kurus, tampal, atau letak dimana kita boleh melihatnya selalu, lihatlah selalu. Atau tampal gambar celebrity yang kita suka bentuk badannnya dan tampal dan lihatnya setiap hari, bayangkan kitalah yang mempunyai badan seperti itu.

Ingat, badan akan menjadi apa yang kita fikirkan. Terlalu banyak mitos yang menyatakan lepas kawin bandan akan gemuk. Lepas bersalin badan akan gemuk, Lepas pembedahan badan akan gemuk dan sebagainya. Sebahagian sahaja yang betul, dan ianya akan cepat terjadi sekiranya fikiran kita telah mempercayaainya. Ramai juga orang lain yang bersalin, mengandung, kawin, menjalani pembedahan dan sebagainya tetapi tidak gemuk selepas itu.




Mengapa? Faktanya 15% hingga 18% sahaja dari seluruh penduduk gemuk iaitu minoriti berbanding dengan yang lain. Mengapa mereka tidak gemuk walaupun menjalani pengalaman yang sama? Oleh itu, adalah satu pembazir an sekiranya kita berpuasa untuk kurus, mengikuti program, membeli produk dan sebagainya selagi kita tidak membetulkan minda dan fikiran kita.

Sayangilah badan kita, kasihilah dia, dia adalah sebaik-baik anugerah Allah kepada kita , tetapi dia akan mengikut apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikir dia buruk, maka buruklah dia sedangkan kita adalah sebaik-baik ciptaan yang tiada gantinya. Untuk membantu kita melatih minda mendapat badan yang kita mahu, ambillah buku tulisan dan buatlah affirmation, iaitu tulis secara berulang-ulang setiap hari tetapi mesti spesifik realistik contohnya ' berat badan saya 55kg pada 31 ogos 2007, pinggang saya 28inchi, saya boleh makan sebanyak mana dan berat saya akan kekal dan sebagainya. Jangan panjang sangat, nanti susah untuk diingati dan di hayati. Bila duduk tiada kerja atau waktu rehat , ulang dalam hati. Insyaallah badan akan mudah mengikuti usaha kita untuk menguruskan nya.

Selepas melatih minda kearah yang betul, ba rulah kita berusaha. Saya akan memberikan sedikit panduan bagaimana mengubah gaya hidup kepada permakanan yang sihat, bagaimana memecah lemak dengan efektif tanpa berlapar, tanpa senaman yang memenatkan, tanpa ubatan. Cara ini dapat memecah lemak dengan sangat cepat ia itu 5kg ke 10kg dalam masa 6 minggu, menurunkan kolesterol, mengurangkan kesan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sendi dan sebagainya, hanya dengan memakan makanan yang sihat.



BACALAH BUKU INI UNTUK MEMAHAMI 'THE LAW OF ATTRACTION'











PELAJARAN 2



























Sekarang saya akan beritahu mengapa ramai orang yang gemuk dan mudah mendapat penyakit kronik. Disini saya ada menyertakan attachment yang menggambarkan piramid makanan.

Di sini terdapat dua piramid makanan. Satu yang lama dan satu yang baru. Cuba perhatikan dengan teliti perbezaan keduanya. Kita boleh bincangkan bersama. Ramai yang tidak tahu kewujudan kedua-dua piramid makanan ini, atau mungkin yang lama sahaja.

Perbezaan yang ketara ialah pada dasar , puncak dan tepi piramid tersebut. Sebenarnya piramid makanan lama adalah punca kepada kebanyakan masalah berat badan dan penyakit kronik. Inilah yang di ajarkan semasa kita kecil hinggalah ke pelajar perubatan termasuk saya. Inilah juga punca kepada kebanyakan penyakit pembunuh utama seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, stroke, obesiti dan lain2.

Pemahaman tentang penggunaan piramid ini penting kearana tanpa pemahaman ini kita tiada panduan. Jika mendapat panduan yang salah juga akan mengakibatkan disaster pada tahun2 mendatang.

Cuba kita banyangkan, piramid makanan lama mengesyurkan kita makan 6-11 hidangan karbohidrat setiaphari sedangkan piramid makanan baru mengesyurkan kita makan kurang dari sekali dalam sehari ' use sparingly' . Adakah ini kesilapan besar para saintis 50 tahundahulu sehingga kita sekarang menanggung akibatnya?

Jawapannya tidak sama sekali! perubahan zaman memerlukan kita mengubah sistem pemakanan kita. Tapi malangnya perangai pemakanan kita bertambah buruk. Orang dahulu kebanyakannya bekerja di ladang, nelayan dan penternak yang memerlukan tenaga yang banyak, tetapi kita sekarang tidak.

Hampir semua kita melakukan 'sendentary job' yang tidak memerlukan tenaga yang banyak, tapi cara makan tak berubah malah bertambah buruk. Ini kerana kehadiran teknologi maju yang boleh menyedapkan dan menyimpan makanan dalam waktu yang lama. Makanan segera juga banyak menyumbang kepada keadaan ini.

Oleh yang demikian kita mestilah mengubah tabiat pengambilan makanan kita dengan menggunakan piramid makanan yang baru.



PELAJARAN 3














Pelajaran berikutnya berkaitan dengan pengiraan bmi kerana ramai yang bertanya berkenaannya. Saya dapati ramai juga yang tahu. Ini amat membanggakan saya.

BMI adalah indeks jisim tubuh yang digunakan untuk menentukan samada seorang itu kurus, normal atau gemuk. Ia juga digunakan untuk mendapatkan berat ideal.

Sila rujuk kepada rajah yang saya kepilkan dalam ruangan di sebelah ini. Sekarang cuba kira bmi anda dan barikutnya buatlah target masing-masing.

Ini memberikan anda garis panduan dimana kedudukan anda sebenar dan kemana arah tuju anda dari segi berat badan dan kesihatan keseluruhannya.

isikan data- data berikut :-
tinggi saya ___________meter
berat saya ___________kgs
ukurlilit pinggang di bahagian yang paling besar __________cm (selalunya di pusat)
bmi saya ___________berat / tinggixtinggi
berat ideal saya ___________tinggixtinggi x 22
berat yang perlu dikurangkan ___________kgs ( berat sekarang - berat ideal )

Jika dalam jangka waktu 6 minggu purata berat yang dapat dikurangkan ialah 5kgs
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk me ncapai berat ideal?

Jawapanya ialah berat yang perlu dikurangkan ___kgs x6/5 = _____minggu.

Ingat- berat mestilah dalam kgs, tinggi dalam meter, dan ukurlilit pinggang dalam centimeter.

Penurunan berat setiap orang mestilah dibuat dalam 2 fasa untuk menjamin kesan yang berpanjangan sepanjang hayat. fasa 1 ialah fasa penurunan berat dan fasa 2 ialah fasa pengekalan sepanjang hayat, atau life time maintainence.

Fasa 1 sendiri mengandungi 2 bahagian, iaitu penurunan berat dan pelarasan metabolisma.
Nampak tak? Hampir kesemua kita dan termas uk mereka yang terlibat dalam industri ini hanya menumpukan kepada bahagian penurunan berat sahaja. ini adalah sebahagian kecil dalam proses kita menjadi kurus sepanjang hayat.

Penurunan berat MESTI, MESTI, MESTI di ikuti dengan pelarasan metabolisma. Barulah badan dapat mempertahankan berat tersebut, dan pertambahan makanan berikutnya akan memberikan kesan yang sangat minima kepada berat. dengan meningkatkan metabolisma badan . Sel-sel dapat membakar kesemua maka nan yang masuk menjadi tenaga dan tidak menyimpannya sebagai lemak.

Pencapaian berat ideal atau berat target MESTI, MESTI, MESTI diikuti dengan pengekalan sepanjang hayat dimana kita mengajar otak dan badan kita mengingati dengan kukuhnya berat baru kita. Dengan ingatan badan atau body memory yang kuat ini kita akan memperolehi kebebasan yagn luarbiasa dalam menikmati pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang kita sukai tanpa kesan yang besar terhadap berat ba dan.

Unik bukan? cuba beritahu saya dimana kita boleh memperolehi pelajaran yang memberitahu proses penurunan berat badan sehingga keperingkat apa yang terjadi dalam sel-sel badan kita? kalau tiada, saya akan cuba mengupasnya dalam pelajaran yang akan datang.


PELAJARAN 4

Alhamdulillah, saya rasa semua telah pun membuat ukuran badan masing-masing dan tahu peringkatnya. Anda juga sepatutnya tahu berapa banyak berat yang berlebihan dan berapa lama masa yang akan diambil untuk mengurangkan berat tersebut.

Sekarang saya ingin mengupas apakah yang dimaksudkan dengan Metabolisma. Pemahaman berkenaan ini akan menjadikan anda faham mengapa berat sukar turun, cepat naik, mengapa berat naik turun dan sebagainya.


Metabolisma atau bahasa inggerisnya metabolism adalah kadar pembakaran glukos dalam sel badan kita. Bersama ini dikepilkan gambar sel badan kita. secara umum semua sel mempunyai komponen yang lebih kurang sama cuma berbeza dari segi bentuk dan jumlah komponen dalaman bergantung kepada fungsi sel itu.

Bahagian yang menjadi perhatian kita ialah komponen yang dinamakan Mitokondria. ini adalah kilang penghasilan tenaga sel. Semua tenaga yang kita gunakan samada selemah-lemah waktu kita tidur, atau sekuat-kuat sewaktu mengangkat berat dihasilkan di sini.

Makanan yang kita makan akan di proses oleh enzim hingga menjadi Glukos dan di hantar ke mitokondria untuk di bakar dan dijadikan tenaga. Kadar pembakaran Glukos di Mitokondria adalah berbeza dari seorang ke seorang. Ia juga bergantung kepada aktiviti, samada ada penyakit tertentu, emosi ketika itu dan sebagainya.

Tetapi semua orang dilahirkan dengan satu kadar khas yang dipanggil 'Basal Metabolic Rate' yang akan ditentukan secara genetik. Apabila makanan diperkenalkan badan akan mula membentuk kadar metabolism bersesuaian dengan makanan yang diperkenalkan itu.

Jika kita lihat bentuk Mitokondria itu, permukaan luarnya adalah terdiri dari selaput yang berlekuk-lekuk. Pada permukaan inilah pembakaran makanan berlaku. Ertinya permukaan yang lebih luas dan banyak lekuk membawa kepa da metabolisma tinggi. Sementara Mitkondria yang kecil dan tidak besar selaputnya menunjukkan metabolisma yang rendah.

Kajian menunjukan kita boleh membesarkan saiz permukaan Mitokondria sel kita. Caranya adalah dengan pertama membuat senaman ringa n ia itu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari, dan keduanya dengan menyusun diet yang sistematik yang akan meningkatkan metabolisma badan. Inilah yan dipanggil Pelarasan metabolisma atau 'Metabolic Adjustment'.

Tuhan yang maha kaya telah menjadikan badan kita dengan begitu sofhisticated sekali. Pernah tak kita berfikir kenapa suhu badan kita sentiasa tetap pada keadaan normal? Jawapannya ialah terdapat satu tisu dalam otak kita yang dipanggil 'Termostat' atau temperature regulatory center. kalau kita pergi ke tempat sejuk suhu badan pun 37 darjah selsius, begitu juga di tempat panas.

Begitu juga berat badan kita. Terdapat tisu yang mengekalkan berat badan yang dipanggil SET POINT atau APESTAT. Set point inilah yang m enetapkan berat badan kita. Katalah Set point kita 80kg, maka berat kita akan tetap 80kg. Bila kita berpuasa, atau membuat senaman yang berat, atau makan ubat diet, atau masuk program, maka berat badan akan turun, katalah 10kg atau 20kg. Masalahnya ialaht Set point kita masih 80kg.

Maka dalam waktu yang singkat badan akan me ngembalikan berat kepada Set point itu, kerana bandan mempunyai daya ingatan yang kuat. Seperti ramai orang tidak mahu berubah perangai, begitu juga badan kita. Inilah yang dipanggil yoyo diet, yoyo program atau temporary weight reduction.

Perlulah diketahui dalam pada badan dapat mengekalkan berat melalui Set point, Set point ini boleh berubah secara tidak kita sedari. Ini ban yak melibatkan emosi kita dan perkara perkara lain. Set point boleh berubah apabila kita tertekan, gembira, kemalangan, selepas kahwin, mengandung, bersalin, pembedahan, penyakit dan sebagainya. Tahap perubahan ini juga berbeza bagi setiap orang.

Sebagaimana Set point ini boleh berubah dengan sendirinya apabila kita mengalami sesuatu peristiwa, kita juga boleh menurunkannya mengikut kehendak kita melalui satu proses sistematik yang dipanggil Pelarasan Metabo lisma atau 'Metabolic Adjustment'. Apabila metabolisma badan naik, secara otomatiknya Set point kita akan turun.

Oleh yang demikian perlulah disedari bahawa kita mestilah mempunyai kawalan yang sepenuhnya terhadap diri kita semasa menjalani proses mengurangkan berat badan. Kawalan in meliputi kawalan jasad dan emosi. Sekiranya kita tidak dapat mengawal kedua-dua ini secara sedar, amat susah untuk mendapatkan ke san jangkapanjang yang kita idamkan. Dalam pelajaran akan datang saya akan memberitahu apakah yang di perlukan untuk mendapat metabolisma sempurna atau complete metabolism.




PELAJARAN 5
















Pelajaran kali ini adalah sangat penting, kerana ia juga akan menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam melayari hidup kita sebagai seorang yang kurus, menarik dan sihat. Kurus saja kalau tak menarik pun tak boleh kan? kurus dan menarik tapi tak sihat pun tak lengkap juga kan? tambah lagi satu 'BERFIKI RAN POSITIF'

Perkara yang saya akan kupas kali in i adalah berkaitan Metabolisma lengkap atau 'complete Metabolism'. Cuba perhatikan dua gambar yang saya kepilkan dalam pelajaran ini. Gambar yang pertama menerangkan kepada kita apakah komponen asas kehidupan semua makhluk yang bernyawa yang dijadikan tuhan.

Pertamanya Oksijen. Apa akn terjadi sekiranya kita tidak mendapat oksijen? Tentunya kita mati dalam masa 4 minit. Keduanya air. Ketiadaan air menyebabkan kita mati dalam masa tiga hari ke seminggu. Ketiganya makanan seperti karbohidrat, Protin, Lemak dan Gula. Ini dipanggil Macronutrient. Mungkin kita boleh hidup dua hingga tiga minggu sebelum kita mati kerana tidak makan langsung.

Tetapi ramai manusia tidak sedar dan tidak mengindahkan langsung komponen yang ke empat iaitu Mikronutrien. Ianya terdiri dari Vitamin, Amino Asid, Mineral dan Trace Elements. Untuk badan kita berfungsi secara optimum hing ga keperingkat sel dan pembakaran glukos yang sempurna, kita memerlukan kesemua komponen tersebut pada tahap yang optimum juga.

Hampir kesemua kita memberi perhatian kita kepada hanya tiga komponen iaitu oksijen, air dan makronutrien. kita mahu udara yang segar, air yang bersih, makanan yang sedap sedap tetapi langsung tidak memikirkan adakah badan kita cu kup Mikronutrientnya. Cuba kita tengok gambar yang ke dua ini pula. Gambar ini menunjukan apa yang terjadi ketika sel badan kita memproses glukos untuk membuat tenaga. Proses ini berlaku dalam mitokondria yang saya terangkan dalam pelajaran lalu.


















Pembakaran lengkap semua unsur makanan terutamanya glukos, amino asid, dan lemak memerlukan semua unsur-unsur Mikronutrient. Mereka menjadi apa yang dipanggil kofaktor kepada kreb cycle iaitu pusingan kejadian tenaga dalam sel. Setiap mikronutrient termasuk vitamin, amino asid, trace element dan mineral mesti hadir d alam jumlah tertentu. Barulah kita akan mendapat Metabolisma Sempurna dan semua makanan terutamanya glukos dibakar habis menjadi tenaga dan air.

Metabolisma yang tidak sempurna dan rendah menyebabkan makanan yang kita ambil akan di simpan dalam bentuk lemak. Ini juga salah satu sebab mengapa berat kita sukar turun. Faktor lain ialah ketidak seimbangan antara supply dan demand. Permintaan tenaga kurang tapi bekalan dari luar berlebihan, maka terjadilah storage. 'As simple as that'. Yang ini akan di bincangkan kemudian.

Ramai atau hampir semua orang mempunyai an ggapan yang salah dan begitu terpesong terhadap pengambilan Vitamin, Mineral dan Trace Element. Yang paling biasa ialah ' makan vitamin akan jadikan kita gemuk', 'makan vitamin bila kita tidak sihat atau sakit', ' tidak perlu vitamin kerana makanan saja cukup', ' semua vitamin kita boleh dapati dari buahan dan sayuran yang kita ambil setiap hari'. Mari kita kupas satu persatu.

Sebenarnya Vitamin TIDAK BOLEH MENJADIKAN KITA GEMUK. Apa yang terjadi adalah seperti yang kita lihat dalam gambar kedua itu. Vitamin yang secukupnya akan menjadikan metabolisma atau pembakaran menjadi lengkap. Apabila ini terjadi sel badan akan menjadi sihat kerana mendapat zat yang secukupnya. Ini akan menjadikan badan sihat dan bertenaga, akal dan emosi menjadi ceria. Apa lagi selera pun bertambah dan kita makan apa yang kita suka.

Kehadiran Vitamin yang mencukupi akan memastikan apa yang kita makan akan dibakar.
Masalahnya ialah apabila kita TIDAK PANDAI MEMILIH MAKANAN DENGAN BIJAK dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam supply dan demand. Oleh itu yang menyebabkan kita mengumpul lemak ialah melebihkan makanan yang apabila berlebihan dan diproses menjadikannya lemak.






Vitamin, Amino asid , Mineral dan Trace Element juga amat penting untuk membuat alat pertahanan badan dari penyakit, termasuklah membuat antibody. Saya akan kupas fungsi setiap vitamin dalam pelajaran yang akan datang. Tetapi percayalah dalam proses kita mengurangkan berat badan, Vitamin, Amino Asid, Mineral dan Trace Element memainkan peranan yang amat penting. Sebab itu ramai yang kurang berjaya. Ini kerana tidak cukup syarat.

Sekarang cuba kita tanya diri kita. Adakah kita mendapat cukup vitamin setiap hari untuk memproses semua makanan yang kita ambil itu? Kalau tidak, kita telah menjawab sendiri mengapa kita mengumpul lemak, atau berat badan sukar turun. Ingat, ini salah satu sahaja sebab utama. Ada sebab lain. Kalau kita kat a ya, saya ada mengambil cukup vitamin dari makanan. sekarang saya ingin bertanya, adakah anda pasti ianya mencukupi.

Cuba kita bayangkan untuk mendapat cukup Vitamin C sahaja secara optimum kita mesti makan setiap hari 6-8 biji limau sunkist yang baru dipetik dari pokok, terus makan. Untuk vitamin a kita perlu makan 4 batang karot yang baru di cabut dari kebun dan untuk vitamin lain dan bioflavinoids, kita mesti makan 1-2kg Sawi atau Bayam. Pastikan semuanya ditanam secara semulajadi tanpa ada racun serangga atau baja kimia. Boleh tak?

Jawapannya hampir mustahil kan? Dengan kehidupan kita sekarang bilakah kita boleh ambil 4 hidangan buah pelbagai warna, 2-3 hidangan sayur yan segar setiap hari tanpa elat? Itulah sebabnya kekurangan vitamin secara kronik kini menjadi masalah besar dan menjadi time bomb yang akan meledak dan membunuh ramai manusia melalui penyakit yang dipanggil OBESITI, SAKIT JANTUNG, KANSER, STROKE, KENCING MANIS, ARTRITIS, PENYAKIT IMUNE SISTEM dan sebagainya. jangan terperanjat. saya akan buktikanya dalam pelajaran yang akan datang.

OK, ada yang berkata, saya ada mengambil vitamin setiap hari. Saya akan bertanya apakah jenis vitamin itu dan berapakah dosnya. Begini. Salah satu fungsi utama vitamin selain dari melengkapkan proses metabolisma ialah untu k mencuci sel dan darah kita dari bahan cemar seperti toksin dan sebagainya. Toksin ini boleh datang dari merokok, kimia dan pencemaran udara dan makanan yang kita makanan.

Semua kimia toksin ini akan di nutralisekan oleh vitamin dalam proses yang di panggil 'Antioksidation'. Kalau tidak cukup vitamin toksin akan berkumpul menjadikan kita sakit dan kanser.sebab itu ramai orang sekarang kena kanser. Masalahnya kalau kita ambil vitamin yang dalamnya ada bahan kimia, ini akan memburukan lagi keadaan. Sudahlah vitamin yang kita ambil terpaksa dihabiskan untuk menutralk an kimia dari kapsul itu sendiri, ini menyebabkan tiada apa-apa yang tinggal untuk sel badan kita.

Oleh itu kita mestilah memastikan vita min itu 100% organik dan tiada kimia dalamnya. Sekarang kita mestilah menukar paradigma kita. Mulalah mengambil vitamin yang mencukupi untuk mendapatkan metabolisma sempurna, mencegah dari penyakit ringan dan serius. Mulalah memberikan anak kita vitamin yang secukupnya untuk mengelakan mereka dari gem uk dan mendapat penyakit merbahaya 20,30 atau 40 tahn akan datang.

Selepas itu kita belajarlah cara memilih makan de ngan bijak, makan dengan bijak, amalkan gaya hidup sihat, sepertimana pelajaran yang akan saya beri selepas ini.


PELAJARAN 6


Pelajaran kali ini berkisar tentang lemak. Lemak atau fat adalah unsur yang sangat penting dalam badan kita. Semua sel dalam badan kia mengandungi lemak. Lemak penting untuk pembentukan selaput sel yang sihat. Lemak juga menjadi alat penghdaman makanan yang terdiri dari lemak. Lemak juga penting untuk pengangkutan unsur-unsur dan zat-zat tertentu.

Ini bermakna jika tiada lemak maka kita akan mati. Begitulah pentingnya lemak pada kehidupan kita. Hempedu kita yang penting untuk menghadamkan makanan berlemak adalah
terdiri dari lemak. Otak kita sendiri mengandungi lebih 80% lemak.

Secara saintifiknya terdapat berjenis jenis lemak dalam bentuk cholesterol dan fatty acids.
Kita tidak akan mendalaminya kerana tidak akan menyumbang kepada tujuan kita untuk mengawal berat badan. apa yang kita perlu faham ialah terdapat lemak luaran dan lemak dalaman.

Lemak luaran menjadikan kita nampak gemuk. Lemak dalaman atau viceral fat tidak menampakan dirinya tetapi ia akan menyliputi salur darah, jantung , usus, paru-paru dan sebagainya dan juga boleh mendatangkan kesan penyakit. Sebab itu orang kurus pun boleh kena penyakit jantung, kencing manis, stroke dsb.

Keseimbangan yang baik hendaklah di capai antara total body fat dan total body water pada kadar 25-30% lemak dan 60-65% air, barulah kita mencapai keseimbangan. Dari mana datangnya lemak ini? Apabila kita makan makanan karbohidrat, seperti nasi, roti, kuih, pulut, mee, meehoon, laksa, roti canai, gula-gula, dan apa-apa makanan yang asalnya dari beras dan tepung gandum, badan kita akan menghadamkan makanan tersebut menjadi Glukos. Glukos akan digunakan untuk menghasilkan tenaga untuk bekerja, bersukan dan sebagainya. Jika ada lebihan ianya disimpan dalam bentuk lemak. Jadi lemak itu asalnya a dalah glukos dari makanan yang kita makan.

Sekarang mari kita lihat berapa benyakkah tenaga yang kita perlukan setiap hari untuk menampung kehidupan kita. Sebenarnya kita memerlukan lebih kurang 1200 kalori hingga 2500 kalori tenaga sahaja setiap hari berg antung kepada kerja kita. Ini bermakna kita memerlukan purata 450gm glukos. Ini kerana setiap gram glukos akan memberikan kita 4kalori tenaga. Mungkin sukar untuk dibayangkan berapa banyak glukos itu. Satu keping roti jagung atau wholemeal akan memberikan kita 15gram glukos atau karbohidrat. Ini bermakna kalau kita makan 15 keping roti tersebut sehari tanpa makanan lain, ianya menchukupi unt uk membekalkan tenaga sepanjang hari. ( contoh saje- jangan pulak ada orang nanti makan roti jagung saja).

Cuba kita perhatikan apakah hidangan makanan kita sepanjang hari.pagi mungkin salah satu sari makanan berikut - roti canai, nasi lemak, kuih, lontong, roti, nasi goreng, mee, meehoon. minuman pula milo, nescefee, horlicks,kopi,teh dsb. Rehat pagi pula kita akan minum teh atau kopi dengan makan kuih. Tengah hari pula kita akan berlumba-lumba ke kantin, kafeteria, gerai dsb dan makan nasi dengan lauk pauknya. Rehat petang pula ramai orang akan makan goreng pisang, cucur udang sambil minum teh o ais dsb. Makan malam adalah waktu yang dinant ikan bersama keluarga atau teman dengan nasi dan lauk-pauk yang istemewa.

Bagi kehidupan di kota, malam sentiasa muda dan 'supper' adalah trend yang tidak boleh dielakkan kerana banyak perbincangan samada projek atau peribadi yang perlu diperkatakan
di gerai dan restoran 24jam dengan hidangan roti canai, mee goreng dan sebagainya. Kesimpulannya, hampir semua kita pernah mengambil makanan 2 hingga 5 kali ganda dari yang kita perlukan. Jadual di bawah adalah buktinya.


Kebanyakan dari makanan ini akan disimpan dalam bentuk lemak. Ini akan menyebabkan badan akan menurunkan kadar metabolisma badan kerana 'supply' amat berlebihan berbanding demand. Sebab itu bila sekarang kita kurang makan seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang mereka masih sukar menurunkan berat badan hanya kerana badan sudah biasa dengan kadar metabolisma yang amat rendah.

Perasaan lapar, mesti nak makan nasi, dan mesti nak makan banyak adalah bayangan psikologi sahaja semata-mata. Reaksi badan seperti mengiggil kelaparan dan sebagainya adalah reaksi badan keatas emosi dan ingatan kepada makanan. Mengapa kita dapat menahan lapar selama 12 jam setiap hari selama sebulan berpuasa ramadan??? Pernahkah kita dengar orang mati semasa berpuasa ramadan? Fikirkanlah.

Ini kerana kita telah menyediakan mental kita untuk tujuan itu. Jadi badan kita akan mengikut sahaja tanpa banyak bantahan. Oleh yang demikian langkah pertama yang mesti kita lakukan dalam proses mengawal berat dan menurunkan berat ialah mengawal pengambilan karbohidrat kepada maksimum 100 gram sahaja sehari. Ini adalah hasil kajian dari lindora medical clinics di usa selepas kajian selama 30 tahun.

Apabila kita melakukan ini badan kita akan mengalami apa yang dipanggil KETOSIS. Ini adalah satu-satunya proses yang menjamin 100% kita kehilangan berat dengan begitu cepat dan selamat dan berpanjangan. Kita aka membincangkan proses ketosis ini dalam pelajaran yang akan datang.


PELAJARAN 7

Sebelum memulakan pelajaran. Saya menguchapkan ribuan terima kasih di atas semua respond dan soalan yang di kemukakan. Dengan ini barulah saya sedar apakah yang menjadi persoalan besar dan menjadi masalah utama kepada kebanyakan mereka yang obes. Sesungguhnya ini amt berguna dalam merangka pelajaran berikutnya.

Tahukah anda dengan mengutarakan soalan yang bernas, anda secara tidak langsung telah membantu orang lain kerana masalah ini mungkin juga masalah mereka tetapi mereka malu atau terlepas pandang untuk bertanya.

Persoalan yang paling utama yang di tanyakan ialah apakah jenis-jenis makanan, berapa banyak yang perlu di ambil, apakah waktu yang sesuai untuk mamakan sesuatu makanan dan juga bagaiman kita mengatur waktu makan kita.

Persoalan diatas agak sukar untuk di jawab dengan tepat kesemuanya. ini kerana seperti yang saya katakan pada sesetengah penghantar mail bahawa setiap orang mempunyai kegemaran makanan yang berbeza, sensitviti kepada makanan yang berbeza dan reaksi badan kepada suatu makanan juga berbeza.

Selalu juga kita dengar orang kata, aku makan nasi berapa banyak pun tak gemuk. ada yang kata aku tak boleh makan roti nanti cepat naik badan. Ini bermakna setiap orang mempunyai makanan yang dia sensitif dan ada yang tidak sensitif kepada makanan tersebut.

Oleh itu setiap orang hendaklah membuka minda dan mencari sendiri apakah makanan yang sensitif pada dirinya dengan melihat dari segi berat badan atau saiz anggota mereka selepas memakan makanan itu beberapa kali. Tandanya selepas memakan makanan tersebut berat akan naik lebih 1.5kg dalam masa 2 atau 3 hari, atau ukuran pinggang naik 2cm.

Oleh itu kita mestilah bejaga-jaga apabila memakan makanan tersebut dari segi kuantiti dan kekerapan. Kalau tidak tentulah susah untuk kita mengawal berat badan kita. ramai juga yang menyalahkan nasi sebagai punca gemuk. Ini kerana hanyalah nasi adalah makanan ruji kita. Itu saja. Cuba tengok di barat. Mereka tak makan nasi. Ramai juga yang gemuk, malah lebih ramai dari kita.

Jadi jawapan yang lebih tepat ialah Karbohidrat. Ada orang tak makan nasi, dia ganti dengan roti, mee, maggi, kueh, laksa, gula, ubi, keledek dan kentang. Semua itu adalah dari kumpulan yang sama iaitu karbohidrat. Jadi kesanya adalah sama. Jumlah yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Untuk panduan 3/4 cawan nasi memberikan kita 19gram karbohidrat manakala 1keping roti jagung atau wholemeal memberikan kita 15gm karbohidrat. Kita akan bincangkan kandungan makanan dalam pelajaran berikut kerana sekarang kita hendak membincangkan berkenaan ketosis.

Ketosis adalah topik TERPENTING sekiranya kita hendak menurunkan berat badan. Malahan keseluruhan proses penurun berat badan itu sendiri berkisar disekitar proses Ketosis. Sekiranya kita faham proses ini menurunan berat badan akan berjalan dengan sangat lancar dan mudah sekali.

Secara mudah Ketosis adalah proses pencairan lemak kepada Keton. Sebab itulah ia di panggil Ketosis. Keton adalah gula semula jadi yang terjadi hasil pencairan lemak. Rasa dan baunya manis. Ia akan beredar dalam darah kita dan boleh digunakan oleh sel untuk menghasilkan tenaga. Lebihan Ketone ini akan dikeluarkan melalui air kencing. Kita boleh mengukur kehadiran ketone dalam air kenching dengan Ketostix iaitu kertas berwarma. Sekiranya tiada keton kertas itu berwarna putih dan sekiranya ada akan berwarna pink. Semakin banyak keton semakin gelaplah warna kertas itu.

Untuk memecah lemak kita, kita mestilah berada di dalam keadaan Ketosis. Sebenarnya ketosis adalah proses yang natural yang mungkin terjadi dalam kehidupan kita seharian. Dalam 24jam kehidupan kita ada ketika kita memecah lemak, dan ada ketikanya kita mengumpul lemak. Waktu kita memecah lemak contohnya sewaktu kita puasa. Itu yang jelas. Tetapi tahukah anda sewaktu kita tidur pun kita memecah lemak? Sebenarnya kita memerlukan tenaga untuk tidur dan kita tidak makan waktu itu. Oleh itu badan akan mencairkan sedikit lemak menjadi keton dan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Kalau tak percaya beli Ketostix di farmasi dan buat ujian air kencing sebaik saja bangun tidur (kencing pertama), nescaya kita akan mendapati ada sedikit ketone. Tetapi sebaik sahaja kita makan sejumlah karbohidrat. Maka proses ini serta merta berhenti. Badan terus mendapatkan tenaga dari karbohidrat itu.

Bagi mereka yang obese, sebenarnya mereka mempunyai simpanan tenaga yang teramat banyak. Mereka boleh hidup berminggu-minggu tanpa makan. Mereka tetap akan mendapat tenaga dari lemak mereka. Lemak tetap akan dicairkan menjadi keton dan akan digunakan untuk semua proses sel mereka. Oleh itu wahai mereka yang obese. Janganlah takut kalau tak makan karbohidrat. Mesti tidak boleh mati. Allah telah menjadikan badan kita sebegitu canggih untuk menampung tenaga yang cukup banyak sehingga berminggu.

Proses Ketosis ini akan menjadikan kita lebih bertenaga, ceria dan aktif. Ini kerana gula semulajadi dari badan kita memberikan kesan yang sangat baik kepada otak kita dan sel badan kita yang lain. Maklumlah dari keluarga sendirikan. Sebab itu semua orang yang mengamalkan cara ini untuk menurunkan berat mendapati diri mereka lebih ceria dan bertenaga.penurunan berat juga sangat cepat seperti yang saya katakan dulu kita boleh mencapai penurunan 1kg sehari! menakjubkan.

Walaupun begitu ada juga cabaran yang mungkin dihadapi oleh setengah orang. Mungkin pada dua atau tiga hari pertama mereka akan mengalami sedikit pening, loya, muntah atau lemah badan kerana badan sedang menukar corak penggunaan Glukos kepada Keton. Selepas itu badan sudah biasa dan mereka tidak merasai apa-apa langsung malah lebih ceria dan bertenaga.


Kajian menunjukan setiap orang boleh mencapai Ketosis apabila menghadkan pengambilan Karbohidrat ketahap maksimum 100gram sehari. Kalau kurang dari itu lebih baik. Sebab itulah saya mengsyurkan 100gram sehari. Memang agak sukar untuk mengagak jumlah makan ini sebab kita fikir tentang macam-macam makanan. Tetapi kalau kita fikir tentang satu atau dua makanan sahaja tentu mudah mengiranya ok?

Sebenarnya saya tidak boleh memberikan senarai makan dan jumlah karbohidratnya lagi kerana amalan proses ketosis melalui sekatan karbohidrat ini adalah sebahagian sahaja dari proses penurunan berat dimana sebahagian lagi akan saya terangkan dalam pelajaran yang akan datang. Saya tidak mahu ada orang yang terlalu excited dan terus mengamalkannya sedangkan ianya tidak lengkap dan boleh mengundang bahaya walaupun sebenarnya ini adalah proses yang natural yang kita dapati setiap hari. Ada banyak lagi yang perlu dipelajari.

Pemberian menu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. ramai orang suka jalan pintas untuk jangka pendek. Tetapi kalau ada ilmu, semua orang boleh buat menu sendiri dan bergaya dan sihat sampai keanak cucu ok?

Begitu ramai orang yang teruja dengan pengajaran seperti ini kerana ia bagi mereka begitu logik, mudah diikuti dan memberikan pengetahuan. Saya jamin kalau kita amalkan, lebih mengujakan kerana kita akan dapat lihat dan rasa keberkesanannya.


PELAJARAN 8

Setakat ini ramai yang mula memahami bagaimana badan kita bertindakbalas terhadap apa yang kita makan selama ini. Mungkin selama ini kita tidak menyedari atau tidak tahu apakah kesan makanan yang kita makan. Ambillah kesempatan ini untuk menilai semula diri dan memperbaiki kesilapan lalu.

Tahukah kita ada 6 perkara asas untuk memastikan kita berjaya menurunkan dan mengawal berat badan kita.

Pertama: Membuat keputusan dan matlamat yang jitu untuk kurus dan sihat sepanjang hayat.

Kedua: Sentiasa bersemangat dan berazam sepanjang masa. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Ketiga : Belajar mengenali dan menghapuskan halangan.

Keempat : Belajar untuk mengawal cravings atau mengidam.

Kelima : Belajar menguruskan tekanan.

Keenam : Mengikuti program pengekalan sepanjang hayat untuk kejayaan berkekalan.

Saya rasa perkara pertama dan kedua tiada masalah kerana mereka yang sedang belajar tentunya telah atau akan membuat keputusan mereka sendiri.

Apakah yang menghalang kita dari berjaya mengawal dan menurunkan berat badan? Jawapannya adalah diri kita sendiri. Terdapat dua perasaan besar yang mungkin kita tidak sedar. Pertamanya 'denial' atau penafian. Ia seolah-olah membohongi diri. Dengan berbuat begini kita melindungi diri kita, pemikiran kita dan perasaan kita dari realiti yang menyakitkan.

Contohnya badan kita membesar tapi kita kata baju dah mengecil, saya tidaklah sebesar mana, ada orang lagi besar dari saya. Orang yang mempunyai sifat penafian ini ramai. Mereka menganggap saiz besar tidak mendatangkan masalah. Selagi ia tidak menajdi masalah bagi mereka, mereka tidak akan mencari jalan penyelesaian. Lihatlah artis yang obes tu dia bangga kerana dia begitu. Padahal penyakit tu.

Cuba perhatikan soalan di bawah. Sekiranya anda menjawab ya bermakna anda mempunyai perasaan berbohong kepada diri sendiri.

1. Tidak mahu menimbang diri kerana tak tergamak melihat angka berat tu?
(apa yang saya tidak tahu tak akan merungsingkan saya)
2. Mengelak dari melihat diri di cermin? Terutamanya lepas keluar dari bilik mandi
3. Mmakan makanan ringan bila bersaorangan tapi menyembunyikannya bila nampak rakan?
4. Menuduh berat yang berlebihan adalah disebabkan keturunan, rangka besar, penyakit dan sebagainya?
5. Bila makan dengan kawan anda akan memilih salad dan ayam panggang, tapi bila bersaorangan makan kentang goreng dan cheese berger?
6. Pernah membesar-besarkan tindakan membuat senaman, berapa banyak saya bersenam, berapa lama dan sebagainya?
7. Anda tidak ingat apa dan sebanyak mana makanan yang anda makan pada masa makan yang lalu?

Mungkin anda mempunyai sebahagian dari perasaan atau perlakuan di atas. Jadi kita kena kenal pasti sifat ini dan berubah supaya apa yang kita amalkan kelak akan berjaya selamanya.
Halangan kedua adalah 'rationalization' atau mewajarkan tindakan. Ini adalah pemikiran memenangkan atau mewajarkan tindakan kita walaupun tindakan itu memberikan kesan buruk dalam jangkawaktu panjang. Mungkin kita pernah berkata sendiri 'jamah sikit tak pe', 'tak kan boleh mati', 'saya berhak makan ini , saya telah berkelakuan baik sepanjang hari', 'saya tak perlu mancatat apa yang saya makan', 'saya akan ingat' dan sebagainya.

Cuba perhatikan ayat yang mewajarkan tindakan kita untuk makan lebih. Yang manakah sikap anda?
Saya berhak makan. Saya telah bersikap baik sepanjang hari. 'alah, jamah sikit saja'
Ramai orang kebuluran di afrika. Kita sini banyak makanan, makanlah
Tak baik membazir, kena habiskan juga
Hari ni jumaat, sabtu, ahad, waktu berehat dan makan
Hari ini hari jadi saya, makan la
Dah bayar makanan ni, kena habiskan juga
Kawan saya makan ni tak gemuk pun
Saya tak ambil sarapan, jadi makan lebih waktu tengahari
Saya akan sekat makan esok, sekarang ni makanla
Tak baik kalau tak makan habis, kawan belanja atau dah masak tu makanla.
Saya masih muda dan nampak muda lagi, makanla
Hidup untuk makan, makanlah selagi hidup

Alasan-alasan di atas hanya akan menjadikan anda susah untuk menguruskan berat badan anda sendiri dalm jangkawaktu panjang. Percayalah kalau kita dapat mengenalpasti dua sikap di atas dan berjaya mengatasinya, kita akan berjaya mengawal berat badan dengan cemerlang sepanjang masa.

Bagaimankah kita dapat mengatasi halangan-halangan psikologi di atas?

1. Terima kenyataan ianya memang wujud dan cuba mengenalpastinya. Kita tidak dapat mengatai sesuatu halangan yang kita tidak kenalpasti. Mungkin ialah yang menhalang kita dari mencapai kejayaan.
2. Memahami bahawa halangan-halangan ini telah pun menyebabkan kerosakan pada diri kita selama ini. Sekarang selapas kita kenalpasti, kita gantikan ia dengan pemikiran dan habit yang lebih baik.
3. Amalkan mengawal pemikiran dan perasaan. Sekiranya anda terfikir 'hari ini aku nak makan nasi minyak' gantikan dengan ' aku dalam proses menurunkan berat, lebih baik aku bersabar, bila aku telah mencapai matlamat 6bulan dari sekarang, makanan itu tetap ada dan aku akan dapat makannya tanpa rasa takut.' Dengan mengamalkan kawalan fikiran ini, ia dapat membantu kita mencapai matlamat dengan lebih berkesan.
4. Fahami bahawa mengatasi halangan adalah satu proses. Ia tidak terjadi serta merta. Kita memerlukan masa untuk mengatasi semua halangan ini. Kesilapan memang terjadi. Jadi kita perlu menerimanya yang kita telah tersilap dan pada waktu yang sama cuba menghindari dari membuat kesilapan yang sama.
5. Fahami bahawa badan kita tetap akan melawan dan sukar untuk berubah serta merta. Begitu juga fikiran kita. Memang suatu yang mencabar apabila membuat sesuatu yang berlainan dari kebiasaan. Sahutlah cabaran itu bukan lari darinya.
6. Not me syndrome ia itu sikap yang menyatakan saya tidak boleh lakukan itu, seperti 'saya tak boleh kalau tak makan nasi' dan sebagainya dan mengabaikan nasihat. Cubalah ikut, anda akan tahu sebenarnya ianya hanyalah halangan psikologi yang melindungi diri dari kebenaran yang sepatutnya (iaitu anda memang boleh kalau tak makan nasi).

ok? macam mana? tentu ramai yang tak faham. Sebab ini semua berkaitan dengan psikologi orang yang dalam proses menguruskan badan. Kalau tak percaya tanya diri sendiri atau mereka yang gagal dalam usaha mereka.

Mereka yang terlibat dalam industri ini sangat memahami masalah psikologi ini dan mereka menggunakan untuk keuntungan mereka. Pertamanya mereka menyandarkan kepercayaan bahawa produk merekalah yang boleh menurunkan berat badan. Seluruh kepercayaan dipertaruhkan di situ supaya anda lupa pada halangan-halangan di atas. Apabila terdapat sedikit kemajuan anda akan percaya sepenuhnya ia di sebabkan produk bukan diri anda sendiri yang memecah lemak melalui proses ketosis tanpa anda sedari.

Yang kedua mereka akan mempertaruhkan celebrity-celebrity yang terkenal yang mempamerkan tubuh yang langsing dan gebu. Kita pun terpengaruh. Pergilah tanya dengan sebenar-benarnya ( jangan lihat kenyataan di akhbar dan tv) apakah yang mereka yang kurus ini lalui dalam proses mereka menjadi kurus. Mereka ini dibayar oleh industri. Mungkin mereka guna produk itu. Tapi pada waktu yang sama mereka ini mempunyai kemahuan, keyakinan, sikap kawal diri dan disiplin yang amat tinggi. Ini kerana periuk nasi mereka bergantung kepada penampilan.

Begitu juga kita. Bagi mereka yang bekerja, apa kata majikan menawarkan dua perkara, sekiranya mereka dapat menguruskan badan ditambah gaji 1000 sebulan atau kalau tidak kena buang kerja. Bagaimana? Fikirkanlah.

Ada satu lagi psikologi dalam menguruskan badan yang sangat-sangat penting tapi tak sempat nak dihuraikan sekarang kerana panjang sangat. Namanya CRAVING atau ?MENGIDAM. macam orang tak dapat dadah tu. Tapi taklah sampai begitu. Kita akan bincangkan dalam pelajaran akan datang.


PELAJARAN 9


Kita sekarang telah sampai kepada peringkat kedua halangan psikologi dalam proses menurunkan dan mengawal berat badan. dalam pelajaran ini kita belajar mengenalpasti dan mengawal apa yang di panggil CRAVINGS. Bahasa melayunya tak berapa jelas, mungkin mengidam atau ketagih. Tapi maksudnya ialah perasaan hendak makan walaupun tak rasa lapar. Tak tahu perasaan tu datang dari mana. Tapi memang rasa betul-betul nak makan.

Mereka yang menjalani proses menurunkan berat badan sebenarnya gagal bukanlah kerana mereka tidak bersemangat atau gigih, tapi MEREKA GAGAL KERANA CRAVINGS. ( saya guna cravings lah, ringkas dan tepat ok?)

Sebenarnya ada asal usul Cravings ni. Tiga perkara mendatangkan Cravings, pertama fizikal iaitu dari badan kita. Kedua psikologikal atau fikiran kita dan ketiganya environmental atau persekitaran kita.

Faktor fizikal Cravings terdiri dari

1. Set Point yang tinggi
2. Rintangan insulin
3. Permukaan mitokondrial yang kecil
4. Kekurangan dan ketidakstabilan hormon serotonin.

Mari kita kupas satu persatu.
Sya rasa ramai yang masih ingat perbincangan tentang set point dalam pelajran yang lepas. Sekarang mari kita ulangi. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan adalah berbeza dari orang yang kurus dan normal dari segi fungsi organ yang melibatkan kawalan selera dan penyimpanan lemak badan.

1. Set Point.

Manusia sememangnya dijadikan semulajadi berupaya menyimpan lemak dan membakarnya untuk dijadikan tenaga. Jumlah lemak sepatutnya cukup-cukup supaya ia dapat dibakar dan menghasilkan tenaga bila diperlukan. Ini dikawal oleh satu tisu dalam otak yang dipanggil hypothalamus. Tisu ini akan menyeimbangkan selera makan dan metabolisma. Mekanisma kawalan ini dipanggil 'set point'.

Set Point ini akan meningkat apabila kita mengambil makanan secara berlebihan dalam jangka waktu yang lama (lebih dari 6 bulan), mengandung, bersalin, kemalangan , pembedahan, jangkitan kuman dsb. Sebab itu kita selalu dengar orang bertambah selera atau berat selepas insiden di atas.

Apabila set point ini telah naik, Badan akan mengikut dengan menambahkan berat badan melalui samada menambahkan selera makan atau pun menurunkan metabolisma badan.
Kalau selera makan naik kita nampak sebab apa berat badan naik. Tapi ramai juga terutamanya wanita kata makan sama saja atau kurang tapi berat naik juga. Ini disebabkan oleh metabolisma badan yang rendah.

Inilah yang menyebabkan orang yang obes mempunyai selera yang kuat berbanding orang yang normal. Keadaan lebih teruk lagi kalau mereka cuba menurunkan berat dengan mengurangkan makan. Set Point ini akan cuba melawan kerana ingin mengekalkan berat badan yang biasa menyebabkan mereka tidak selesa untuk makan kurang. Mereka akan rasa lembam, baran, dan angin. Tambahan pula pengurangan berat mereka sangat lambat kerana metabolisma badan yang rendah.

Penyelesaiannya ialah dengan menjalani Program Ketogenik atau Ketosis seperti yang saya beritahu dulu. Proses ini akan bypass atau melencongkan proses penurunan berat dari Set Point ini. Ini akan menyebabkan proses penurunan berat ini sangat selesa dan efektif, cepat dan nengurangkan lapar dan Cravings. Mereka juga tidak mudah baran dan angin.

2. Rintangan Insulin ( Insulin Resistance)

Apabila kita makan, badan kita akan menukarkan makanan kepada Glukos. Glukos ini akan masuk ke sel untuk di bakar menjadi tenaga. Glukos ini hanya boleh masuk ke sel dengan bantuan Insulin. Apabila kita obese Insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membawa glukos masuk ke sel.

Kesukaran insulin untuk berfungsi dengan baik dipanggil Rintangan Insulin atau 'Insulin Resistance' apabila badan dapati dalam sel kurang glukos maka badan akan mengeluarkan lebih banyak insulin kerana dia fikir insulin kurang. Tapi yang sebenarnya insulin cukup tapi tidak dapat berfungsi dengan baik. Kehadiran insulin yang banyak ini akan menyebabkan badan akan membuat lebih banyak lemak dan menyimpannya kerana badan fikir banyak insulin maknanya gula dalam darah berlebihan.

Pusingan yang tidak normal ini akan menyebabkan tahap glukos dan insulin beralun dengan hebatnya menyebabkan kita rasa lapar, cravings dan makan berlebihan. apabila ini berterusan ia akan menjadikan penyakit serius, kencing mains, darah tinggi, kolesterol meningkat dan penyakit cardiovaskular.

Orang yang obes ni sebenarnya selangkah saja dari penyakit-penyakit itu kerana ketidak seimbangan kitaran glukos dan insulin ini. Penyelesaiannya, apabila kita menjalani proses ketosis dengan betul dan teratur, kita dapat menyeimbangkan dan menstabilkan tahap glukos dan insulin ini dengan cepat dan ini akan mengurangkan lapar.

Kajian menunjukan bukan saja insulin resistance ini dikawal malah dapat di perbaiki dengan proses yang betul dan senaman ringan yang tetap.

3. Kekurangan permukaan Mitkondria.

Dalam pelajaran yang lalu kita telah melihat bagaimana rupanya mitokondria. Disinilah tempat kita membakar glukos kepada tenaga. Lebih besar permukaan mitokondria ini lebih banyaklah glukos yang boleh di bakar. Ini boleh di capai dengan membuat senaman ringan ke sederhana ringan seperti berjalan dan jogging. Setengah jam atau 45 min atau berjalan 10,000 langkah sehari. Pergi ke farmasi dan cari pedometer. Ini adalah alat kecil yang boleh dipasang di pinggang. Ia dapat mengira langkah kita sepanjang hari. Senaman juga menstabilkan tahap glukos dan insulin dan mengurangkan lapar dan cravings.

4. Kekurangan dan ketidakstabilan Hormon Serotonin.

Serotonin adalah hormon yang sangat berkuasa yang boleh mempengaruhi selera, mood dan perangai makan. Bila tahap serotonin rendah, kita akan merasa lapar, lebih cravings kepada karbohidrat, baran, angin dan murung. Bagi setengah mereka yang obese ianya terjadi mungkin di sebabkan kekurangan serotonin.

Inilah sebabnya juga ahli sukan akan menjadi obes apabila dia berhenti bersukan. Ini kerana bagi mereka yang membuat aktiviti arobik dan sukan kita akan meningkatkan tahap serotonin kita. Perasan tak bila kita bersukan dengan kawan-kawan kita seronok sangat? Itu disebab kan hormon serotonin yang meningkat tinggi.

Penyelesaiannya, buatlah senaman arobik dirumah atau padang, atau berjogging. Ia akan meningkatkan tahap hormon serotonin kita. Ada juga ubat untuk meningkatkan tahap hormon ini tapi ia mestilah melalui pakar perubatan.

Faktor kedua yang menyebabkan cravings ialah Faktor Psikologikal.

Perkara yang paling ketara dalam faktor psikologikal ini adalah imej diri yang obes. Begini. Otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sedar dan otak separa sedar. Dalam bahasa inggerisnya conscious dan subconscious mind. Otak sedar membolehkan kita membuat sesuatu yang kita sedari, tapi otak separa sedar akan membuat sesuatu yang telah diprogramkan dari masa-masa lalu sepanjang kehidupan kita.

Imej diri adalah perkara yang dikawal oleh otak separa sedar. Ini amat ketara bagi mereka yang obes sejak kecil lagi. Dari kecil mereka akan mendengar orang keliling mereka kata, adik ni comellah, adik ni tembablah, adik ni semangatlah, adik ni solidlah, maka apa yang diperkatakan akan terpahat dalam otak sebagai memori. Mula mula memori sementara, kita akan marah dan berkata apalah kata orang gemuk, apalah kata orang gemok, saya ni bukanlah gemok, saya tak gemok. Tapi otak kita dengar apa? gemok, gemok, gemok, gemok.

Nah, bila perkataan ini dah tetap di otak separa sedar kita tak payah cakap dan ingat. Itulah imej diri kita. Dan kita begitulah selamanya hinggalah kita padamkan perkataan itu dari memori separa sedar dan menggantikan dengan perkataan baru iaitu kurus, kurus, kurus.

Ulangkaji semula pelajaran pertama untuk kesan yang lebih baik. kalau kita buat berterusan selama 21 hari ia dinamakan mental blueprint dan kita akan merasai perubahan.

Faktor ketiga dan terakhir dalam menangani cravings ialah faktor persekitaran.

Ini juga dipanggil 'conditioned eating response'. Atau tindakbalas pemakanan seragam. Dari masa kesemasa kita akan memupuk perangai pemakanan yang bertindakbalas terhadap sesuatu emosi, upacara, tempat, atau orang. Contohnya kita akan makan bila kita bosan atau marah. Lama kelamaan ia menjadi habit atau kebiassan. Jadi bila kita marah kita akan mencari makanan sebagai tempat mengadu.

Biasa tak kalau pergi tengok wayang mesti nak makan popcorn? Fikir saja wayang, popcorn dah terbayang depan mata. Itulah cravings namanya. Ada orang bila jumpa kawan mesti nak makan sama. Namanya eating buddies 'kawan sepemakanan'. Mula-mula tu memang waktu makan, lama-lama bukan waktu makan pun makan juga.

Inilah namanya conditioned eating response. Ia biasa terjadi tanpa kita berfikir pun. Sedar-sedar dah habis makan. Penyelesaiannya ialah plan of action yang di panggil D.D.P.P.
Ini adalah proses menukar perangai dengan menyedari apa yang terjadi itu ialah 'conditioned eating response'.

D. Desire. Kehendak. Tiada apa yang boleh terjadi sehinggalah kita sendiri berkehendakannya.

D. Decision. Keputusan. Kehendak sahaja tidak mencukupi. Anda hendaklah membuat keputusan untuk berubah dan kekal dalam perubahan itu.

P. Plan of action. Anda perlu merancang perjalanan anda dalam proses ini dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi segala cobaan dan rintangan yang boleh menyebabkan cravings itu. Fikirkanlah dan gunakan perancangan itu.

P. Preseverance. Cekal atau istiqamah. Kekallah dengan keputusan anda hinggalah anda mencapai matlamat. 'It is not where u start, it is where u finish'.

Memang susah untuk berubah serta merta. Cubalah cara-cara di bawah ini. Jaga tingkahlaku pemakanan anda. Dengan mengenalpasti 'conditional eating response' ini kita dapat mengelakkannya. Tak semestinya tengok wayang kena makan popcorn. Tak makan pun boleh juga kan.

Sibukan diri dengan aktiviti aktiviti selain dari makan. Pergi gym, beremang, menari dengan kawan, kemas rumah dan lainlain. Timbangkan akibat perbuatan kita, kalau kita makan lebih, sangupkah kita membuat senaman untuk membakar semua makanan yang kita baru makan tu. Kalau ya ok.
Tangguhkan ganjaran. Saya tidak akan makan ini sekarang kerana saya boleh menikmati yang lebih baik selepas saya bebas dari masalah ini. Fikirkanlah alternatif. Cravings adalah cadangan dari badan kita, bukanya arahan. Gantikan karbohidrat itu dengan makanan yang lebih berkhasiat dan baik.

Sentiasalah ingat alasan dan tujuan mengapa anda mesti menurunkan berat badan, samada untuk diri sendiri supaya sihat dan bergaya, untuk pasangan anda, untuk anak-anak supaya mereka dapat melihat anda bila mereka dewasa, untuk perniagaan supaya anda dapat enjoy hasil titik peluh anda dalam keadaan badan yang sihat dan sebagainya.

Ingatlah penyebab cravings ini berada dikeliling kita. Cuma kitalah yang boleh menentukan samada kita kalah atau menang dalam melawannya. Wayang, tv, orang, kedai kek, kedai aiskerim, dan sebagainya tidak boleh memaksa kita makan. Kitalah penentunya.

Pelajaran selepas ini semuanya berkisar dari segi teknik-teknik pemakanan. Ianya bersambung dari proses ketosis dalam pelajaran ketujuh. Oleh kerana ia lebih teknikal saya harap anda semua baca dengan teliti dan fahamkanya betul-betul.



PELAJARAN 10


Terlebih dahulu saya ingin melafaskan syukur dehadrat Ilahi kerana sejak pelajaran di buat, ramai yang mendapat menafaat. Ramai yang telah berubah dari segi pemikiran dan tabiat pemakanan. saya sungguh gembira. Ada yang telah kehilangan 1kg, 2.5kg, dan 3kg hanya dengan mengikuti nasihat yang tidak sepertinya.

Sebenarnya bagi anda yang telah mencapai kemajuan, itu semua adalah hasil usaha anda sendiri, bila anda berubah, anda sendiri dapat melihat hasilnya. Kekalkan perubahan itu, semakin lama anda mengekalkannya semakin banyak kemajuan yang akan anda perolehi dan manfaat darinya.

Pelajaran kali ini adalah sambungan kepada proses ketosis yang saya huraikan dalam pelajaran ke 7 yang lalu. Bersama ini saya sertakan satu kepilan gambar yang menerangkan proses ketosis.

itu saya ingin membetulkan satu salahfaham yang sangat besar dan biasa kita fikir dan lakukan iaitu DIET. Apakah yang anda terfikir bila mendengar atau membaca perkataan itu? Sudah tentu ramai yang memikirkan tentang tidak makan, atau sekat makan, atau berpuasa atau berlapar, atau makan sedikit sahaja.

Diet sebenarnya bermakna sajian makanan. Itu sahaja. Apa yang kita makan, walau pun banyak atau sedikit tidak ada maknanya kerana diet itu sendiri bermakna sajian makan yang kita makan. Ada diet seimbang, ada tak seimbang, ada high karbo diet, ada high protin diet, ada vegetarian diet, ada baby diet dan sebagainya.

Tapi ramai orang yang tak makan tengah hari, bila kita ajak makan, 'oh, i am on diet, thank you'. Diet apa tu? Tak makan apa-apa pun. Makan angin kot? Lepas tu sendawa depanjang hari, jadi gastrik. Tapi kalau pergi makan tengahari, barulah betul on diet! Harap dapat di perbetulkan tanggapan yang salah dan tak bermenafaat tu.

Apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat ke sehingga 100gm sehari, kita akan mengalami ketosis. Badan akan mencairkan lemak untuk dijadikan ketone. Ketone ini akan digunakan untuk menghasilkan tenaga untuk kita bekerja seharian. Sila rujuk gambar si sisipan.

Tetapi ramai juga yang akan berkata, 'saya kurang makan, berat tak turun juga' betul tak?
Ini mungkin disebabkan salah satu dari yang berikut

1. Tahap Metabolisma badan yang rendah
2. Set Point atau Apestat yang tinggi
3. Tiada sumber pembakaran lemak
4. Kesilapan atau tidak tahu memilih makan yang betul.

Metabolisma dan Set Point telah pun kita bincangkan dalam pelajaran yang lalu. Hampir semua orang faham dan setengahnya telahpun mula mempraktikannya dengan mendapat hasil yang diluar jangkaan! Saya mesti mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka ini. Andalah mereka -mereka yang bersemangat tinggi cuma selama ini anda tidak mendapat panduan dan hala tuju yang betul.

Bagaimana kita membakar lemak? Ini juga satu konsep yang tidak sepenuhnya difahami oleh hampir semua orang. Hampir semua orang termasuk pelajar melalui email ini akan mengatakan cara membakar lemak ialah, bersenam, membuat aktiviti lasak, mandi wap, luluhan, pergi spa, buat rawatan tradisional, urut dan yang seumpamanya.

Apa yang terdapat di atas adalah cara membakar lemak yang kita biasa dengar dan amalkan. Tetapi ada lagi satu cara pembakaran lamak yang sangat-sangat efektif yang hanya di amalkan oleh mereka2 yang mengamalkan Ketosis ini. Cara ini tidak memerlukan kita membuat Senaman berat atau membelanjakan beribu ringgit ke salun-salun kecantikan. Cara itu ialah MAKAN, MAKAN, MAKAN. MAKAN, MAKAN, DAN MAKAN.

Terkejut bukan? BETUL! Saya sendiri dan beratus orang yang saya sarankan termasuk 10juta orang di seluruh dunia telah mengamalkan cara ini untuk membuang hingga beratus kilo lemak dari badan mereka. Perkara ini boleh dibuktikan dengan sejelas-jelasnya.

Pertama sekali bukti itu telah disebutkan oleh sebahagian besar dari anda! Anda sendiri yang mengatakan ' saya kurang makan pun berat susah nak turun jugak'. Tentu sekali berita ini menggembirakan orang yang kuat makan.

Sebenarnya apabila kita makan badan memerlukan tenaga untuk menghadam, memproses, menyerap, menghuraikan dan menggunakan zat-zat dari makanan itu. BADAN MEMERLUKAN TENAGA UNTUK MEMPROSES MAKANAN YANG KITA MAKAN. Jadi kalau kita tak makan, maknanya tiada aktiviti memproses dan tiada tenaga yang di perlukan untuk tujuan itu. tenaga yang perlu dihasilkan hanyalah untuk aktiviti seharian 1500-2500 kalori seperti yang saya katakan dulu, ingat tak. ini boleh di perolehi dengan memakan sedikit karbohidrat- contohnya 450gm glukos.

Tetapi kalau kita makan badan akan bekerja keras untuk memproses makan itu. Kalau tak percaya, tanya diri sendiri, pernahkah kita rasa panas badan, berpeluh dan letih selepas makan? terutamanya waktu tengahari? walaupun duduk dalam aircorn? terutamanya kalau makanan sedap dengan lauk kampong, ulam petai sambal belacan, kerabu mangga, cencalok, budu dan ikan terubok bakar? Semakin berselera kita makan, semakin berpeluh dan keletihan kita kan? Ini kerana seluruh tenaga, perjalanan darah dan sistem enzim kita diarahkan untuk memproses segala makanan hingga menjadi unsur-unsur yang paling ringkas dan seni hingga dapat diserap dan di bawa oleh salurdarah keseluruh tubuh.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak makanan yang boleh membakar lemak? Tiap-tiap kali kita makan makana ni kita akan membakar lemak. SETIAP KALI. Bukan sekali dua, setiap kali dan sekerap mungkin kita memakan makan ini kita tetap membakar lemak. Masalahnya hampir semua kita memakan makanan yang membuat lemak, bukannya membakar lemak. Maksud saya contohnya nasi, roti, kuih dan karbohidrat lainya. Bila kita makan badan akan menggunakan sedikit tenaga untuk memproses makanan tersebut, tapi akan terdapat banyak lebihan glukos yang akan ditukarkan atau setidaknya menggantikan lemak yang telah terguna.

Apa kata kalau kita memakan makanan yang bila diproses tidak menjadi glukos. Proses menghadamkan makanan itu sendiri memerlukan kita menggunakan begitu banyak tenaga.
Apabila kita sekat pengambilan karbohidrat, mahu tak mahu badan akan terpaksa mencairkan lemak dalam jumlah yang begitu banyak demi untuk memproses makanan ini. Dengan ini
lemak akan dicairkan. Pertama untuk kegunaan aktiviti seharian dan kedua untuk memproses makanan yang kita makan itu sendiri. Unik bukan? tapi real!
Lemak yang dicairkan itu tidak dapat di ganti semula kerana hasil proses makanan ini bukannya glukos dan ia tidak dapat di tukarkan menjadi lemak!

Apabila kita mengamalkan proses ini dalam jangkawaktu yang cukup lama bersesuaian dengan badan kita sendiri , kita akan mencapai keseimbangan dalam metabolisma badan kita, menjadi sihat dan kurus sepanjang hayat, dan mengurangkan kesan penyakit yang sedang kita hidapi. Cara ini juga sangat efektif kerana walau dimanapun lemak itu berkumpul, walau ditempat terang, pinggang, pinggul, peha, perut, atau ditempat tersembunyi, jantung, salur darah, buah pinggang dan sebagainya, ia tetap akan di cairkan untuk menghasilkan tenaga. Lemak yang di tinggalkan hanyalah yang perlu untuk penebat haba, dan proses metabolisma itu sendiri.

Hendak tahukah anda semuanya apakah makanan pembakar lemak? Jawapanya tidak lain dan tidak bukan iaitu PROTIN!!!. Protin adalah makanan dari haiwan ternakan, kekacang dan sebahagian dari sayuran. Contoh yang paling biasa ialah daging, ayam, telur, tahu, ikan, kacang soya, susu dsb.

Sekarang mari kita perbetulkan pemikiran kita dan salahanggapan terhadap semua makanan diatas. Ingat, semuanya bermula dari pemikiran , jadi betulkan pemikiran kita. Hampir semua orang kata makan barangan di atas akan menjadikan kita gemuk bukan? Sebahgian sahaja dari kenyataan itu betul.

Apabila kita mengambil makanan di atas, cuba kita fikir, kita ambil protin atau lemak? Ini kerana secara semulajadi kebanyakan protin dari ternakan bercampur atau sebati dengan lemak dari haiwan itu sendiri.

Kalau kita makan daging, mesti ada lemak atau tetelnya, usus, hati, tulang dan sebagainya. Lemak inilah yang menyebabkan kita gemuk, bukan daging itu sendiri. Kalau kita makan daging merah seperti daging batang pinang, peha dan sebagainya barulah kita dapat 100%protin tu. Sama juga dengan ayam. Bahagian yang sedap tu ialah kulit, peha, sayap, hati, leher, tongking atau buntut ( sorry) tu, betul tak? Tapi semua tu mengandungi kadar lemak yang tinggi. Nak tahu di mana 100% protin? DADA!. Buang kulitnya dan tulang pun jangan makan.

Telur adalah sumber protin yang sangat baik dan hampir lengkap. Cuma kalau kita bimbang kolesterol kita tinggi, makan putihnya sahaja. Tapi ingat kuning telur juga mengandungi vitamin e yang sangat tinggi yang di guna dalam metabolisma kolesterol itu sendiri. Masya Allah! agung sungguh ciptaan tuhan.

Ramai orang kata makan telur jadi gemuk. Betul tak? Cuba lihat ahli sukan bina badan tu. Sehari mereka makan sekurang-kurangnya 30 biji telur. Tak gemuk pun?, yang naik otot-otot mereka hasil dari protin telur itu sendiri.

Ikan juga sumber protin yang sangat -sangat baik dan selamat dimakan. Lihat orang jepun tu banyak makan ikan, jarang gemuk kan? lemak dari ikan juga mengandungi kandungan lemak yang sangat baik iaitu omega3 yang dapat mencegah dari sakit jantung! Begitu banyak sekali kajian-kajian yang menyokong kenyataan-kenyataan di atas.

Protin dari kacang soya juga amat baik. Kacang soya mempunyai kelebihan tersendiri kerana selain dari membekalkan protin untuk pembakaran lemak, ia juga berfungsi menyekat penguraian dan penyerapan karbohidrat melalui usus. Ia dapat menyelamatkan kita dari menyerap terlalu banyak karbohidarat, maka pembentukan lemak akan menjadi sangat terhad.

Bagi mereka-mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maknan tersebut, maklumlah makanan tersebut perlu disediakan sebelum dimakan, tidak seperti jajan, roti, dan sebagainya, terdapat Protin Powder dipasaran dimana mereka boleh menyediakan dengan cepat dan dimana sahaja. Kita kena pilih. Pertama rasa yang bersesuaian kerana kebanyakan protin rasanya tawar dan tengik, kemudian agak sukar kerana suka berketul, jadi kena gonchang dengan kuat. Jadi pilihlah dengan berhati-hati.

Ok. Sekarang dah tahu, makanan menambah lemak dan makanan membakar lemak kan?
Sekarang pilihlah sendiri nak kurus ke nak gemuk? Sebab itulah dari dulu saya katakan gemuk atau kurus adalah pilihan kita sendiri secara sedar atau tidak. Kalau kita boleh buat badan kita gemuk, kita juga boleh buat badan kita kurus. Pemilihan yang bijak akan menghasilkan apa yang kita mahu.

Pada pelajaran akan datang kita akan masuk semula kedalam sel badan kita dan melihat sendiri apakah yang berlaku kepada protin yang kita makan. bagaimana ia boleh membakar lemak, dan kesan-kesan baik dan buruknya. kemudian kita akan belajar bagaimana kita mengaplikasikan semua yang kita belajar termasuk bagaimana penyediaan, strukrur pengambilannya, aturan makanannya. kemudian pula kita akan belajar bagaimana kita boleh meningkatkan metabolisma badan kita kepada tahap yang kita mahu dengan kaedah MAKAN, MAKAN, MAKAN, MAKAN, MAKAN dan MAKAN!