Tuesday, June 19, 2007

testimoni

Berikut adalah pandangan dan pendapat mereka yang telah membaca dan mengamalkan konsep kurus dan sihat sepanjang hayat yang dipelopori oleh Dr.Othman.

dari frederick limissen chasez " soul_lovers@yahoo.com

yup, saya juga amat berbangga dengan diri saya kerana telah mencapai apa yang saya ingini..saya mengalami masalah berat badan semenjak beberapa tahun yang lepas.mula-mula, saya tidak kisah tapi hingga akhirnya, makin ramai yang mentertawakan saya kerana kelihatan 'bulat'..oleh itu,saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya hingga ke tahap yang paling baik.selepas itu, saya mencuba pelbagai ikhtiar termasuk mencuba teh pelangsing, pil kurus dan juga minuman yang kononnya mampu membantu saya.tetapi, semua ikthiar tersebut tidak berjaya malah berat badan saya semakin bertambah..hingga lah satu hari saya terbaca tentang kisah seorang suri rumah yang meninggal akibat komplikasi daripada pengambilan pil kurus. saya mula berasa risau..pada masa itu, saya terbaca tentang rencana yang doktor telah tulis dan saya pun mengirim email kepada doktor untuk meminta tunjuk ajar. syukur kepada Tuhan kerana doktor telahj memberi pelajaran yang cukup berkesan dan bermanfaat. setiap apa yang doktor sarankan, saya cuba lakukan..termasuk lah mengurangkan pengambilan karbohidrat dlm pemakanan saya. pada awal percubaan, berat badan saya turun sebanyak 2 atau 3 kilo saja.tapi saya tak putus asa. sebab doktor pernah mengajar tentang set point dan juga kadar metabolisme. oleh itu, saya banyakkan bersenam untuk meningkatkan tahap metabolisme saya. berkat kesabaran dan disiplin yang tinggi,saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 10kilo hanya dalam masa 2 atau 3 bulan sahaja.memang menakjubkan. apa yang paling penting, saya masih lagi sihat dan rasa bertenaga walaupun hilang banyak berat badan. jadi apa yang saya nak tulis di sini, perkara utama ialah disiplin diri..saya amat hargai apa yang doktor ajar kepada saya dan saya buat rujukan sendiri tentang pemakanan dan juga proses biokimia dlm badan kita. saya memang bersetuju yang proses ketosis merupakan proses yang paling ideal untuk membantu dalam menurunkan berat badan seseorang..saya sentiasa ingat pesanan doktor, bahawa diet yang baik bukan bermaksud menyekat makan tapi diet yang baik ialah pemakanan yang 'pintar' dan seimbang...
terima kasih..

dr,saya nor suhaila othman . saya pernah mengikuti program diet dr. danberjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 10 kg. ramai yg mengagumi perubahan perubahan saya, terima kasih.

assalamualaikum doktor...
terima kasih atas tunjuk ajar dan masa yang doktor luangkan untuk kami pada hari ahad lepas. saya gembira kerana banyak ilmu dan manfaat yang saya perolehi.
saya betul2 buat dengan bersungguh2 program yang doktor ajar itu dan mcm tak percaya berat saya turun 2 kilo (mengikut timbang saya kat umah)..
saya rasa sangat seronok untuk meneruskan lagi dan tak sabar2 untuk kurus.

Alhamdullilah, berat saya dh turun 1 kg dlm masa 3 hari saya amalkan mengikut panduan yg doktor beri.

Assalamualaikum Dr.
Hari ini baru hari yang ke empat saya melakukan protein diet selepas mendapat penerangan dari Dr. pada sessi perbincangan yang lalu. Allahamdullillah saya telah kehilangan 1.5kg dalam masa 3 hari.

Thank you very very very much. I really appreciate what you are doing for us. Your idea and knowledge really works. I have lost 2kg so far and manage to control my hunger pangs too. As I’m a vegetarian and don’t take eggs too, could you kindly please suggest other effective vegetarian diet which have the maximum benefit as a source of protein minus all the unwanted Carbohydrates.Thank you very much. Can’t wait to hear more from you in the next lesson.

assalamualaikum...sy da faham ngn apa yg di katakan proses ketosis setelah membacanya sebyk 2x...pd kali pertama membacanya,sy telah mengurangkn pengambilan kabohidrat d samping melakukan senaman...sebelum itu,sy juga telah mengajar otak sy untuk berfikir lebih positif seprti yg d ajarkan dalam pelajaran 1...alhamdulillah,berat sy telah turun sebyk 3kg dlm masa kurang dr seminggu...sy amat2 berminat dengan pelajaran doktor untuk memastikan matlamat sy tercapai...sy berharap agar doktor dapat terus memberi ilmu kepada sy secara online

salam sejahtera doktor!
pelajaran ke10 ini amat menarik..
saya amat bersetuju bahawa, diet bukan bermaksud menyekat makan atau tidak mahu makan langsung..semenjak pembelajaran dgn doktor, saya semakin berhati hati dengan pemakanan saya..sekarang saya amalkan pengambilan protein yg lebih..dan hasilnya, dulu berat saya 72 kilo tapi sekarang dah mencecah 63kilo..saya amat berpuas hati!! apa yang paling penting, jgn sampi menjejaskan kesihatan kita sendiri..pengambilan pil2 kurus contohnya, cuma akan memudaratkan tubuh bdn seperti ginjal...terima kasih...

assalamualaikum...
sy fadzila yg tlh brjaya trun sbyk 4kg dlm 3mggu...pd hujung mggu yg sama,sy dapati brt sy trun agi sekilo...ini mnjdkan total penurunan brt sy adalah sebyk 5kg 3mggu...

Assalamualaikum....Apa khabar doc? Macam mana dengan perkembangan kawan2 lain yang sama batch dengan saya dulu?Harap2 semuanya positif la ya.Hari nih hari ke-empat saya mengikuti program ini dan saya dah kehilangan another 1 kg which if based on the scale that i have at my house i've reduce 2.5-3kg for this past days and ukuran lilit pinggang from 91cm now89cm.Wah makin bersemangat saya rasanya.

assalamualaikum doktor..pagi ni saya timbang lagi..macam tak percaya berat saya turun lagi sebanyak 0.5 kg...saya sangat gembira keseluruhan berat saya turun setakat ini
dah jadi 4 kg..

Assalamualaikum,Saya puan Nor Asmah sudah memulakan program doktor ni pada isnin lepas 9/4. Saya memang terkejut pagi rabu saya timbang, saya kehilangan 1kg. Saya sangka sayatentu kehilangan air kerana sebelum ni kalau pagi saya kurang 1 kg lepas makan saya berat boleh naik semula. Jadi saya timbang lagi sekali sebelah malam selepasmakan malam tapi masih kurang 1 kg. Saya benar2 bersemangat mengikuti program ni.

Asalamualaikum doktor,Terima kasih atas pelajaran doktor tu. Hanya Allah saja yang akan membalasnya. 7hb ni genap sebulan saya mengamalkan menu P dan W dan alhamdulillah total lost saya 5kg sebulan. Syukur.


Assalammualaikum Dr,
Saya Azlina yg hadir kursus pd 14/4/07 di Port Dickson yg lalu. Saya telah mencuba menu2 yg Dr berikan, Alhamdulillah, ada sedikit penurunan dlm berat badan saya dlm seminggu ini. Saya rasa amat bertuah dpt mengikuti program ini. Skrg barulah saya faham apa sebenarnya yg diperlukan oleh badan kita. Sblm ini semua teori yg saya dipraktikkan adalah berlawanan dgn teori yg Dr terangkan.
Terima kasih kpd Dr krn sudi berkongsi ilmu. Saya berharap Dr akan terus menghantar pelajaran2 seterusnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Assalamualaikum doktor,Hari ni baru saya print semua apa yg dr bagi.. saya rasa macam nak menangis terharu sangat bagaimana jiwa dr yg ikhlas betul2 ingin membantu org seperti saya..Selalunya pelan pemakanan yg begini seharusnya dibayar dgn ribuan ringgit tetapi doktor telah memberi dengan percuma.. Hanya Allah yg dapat membalas segala usaha murni dr.saya terlalu terharu..

AssalamualaikumLepas menghadiri kelas dr pada 15 April lalu saya terus memulakan program pada 16 april. Alhamdulillah saya berjaya kurangkan 3kg.

terima kasih doktor utk pelajaran ke 17 ini..setakat ini saya turun berat sebanyak 8kg..(dalam masa 4 minggu )....alhamdulillah...pinggang tak berubah kurang 2cm jer..
berat yg turun banyak perut kempis memang terasa sekarang dah boleh pakai jeans balik baju kurung lama2 dah boleh pakai dah..
sonokkk sangattt...

Saya telah mengikuti Pelan Program yang Dr. sarankan. Alhamdulillah, sekarang ini saya berada di minggu ke 4. Setelah melalui program hingga ke minggu 3, alhamdulillah berat badan telah kurang sebanyak 5 kg. Terima kasih atas pelajaran dan nasihat Dr. selama ini.

Assalamualaikum dr....Hari ini saya dah hari ke 24 saya diet ikut work book yang saya minta dr. hantar kan hari tu...berat saya dah turun 5 kg dari 55kg...(50kg)...pinggang pun turun dari 82.5 ke 75.5 kalau ikutkan berat ideal ialah 46 sebab tinggi saya 146...seronok...

Salaam DR

Saya Azhar dari Penang, dulu ikut klas doktor. Weight saya turun 3 kilo dan tak yoyo lagi dan yang anehnya pinggang saya turun tiga inci - PELIK dan seronok.

Alhamdullillah sepanjang sebulan saya mengikut program dr, saya turundalam 4kg dari 92kg ke 88kg tapi yelah sebab badan saya besarkan. Semua orang tak perasan apa pun dari saya.

Assalamualaikum, sorry lambat balas mesej,
Cerita pasal kejayaan yang saya dapat ianya berkaitan dengan semangat dan kesungguhan, apabila saya mengikuti pembelajaran yang dr ajarkan barulah saya tahu cara berdeit dengan betul, dulu saya pernah cuba berdiet tapi tiada hasil tapi sekarang saya menjadi lebih bersemangat lagi dengan kejayaan yang saya capai setakat hari ini.
saya mula mengikuti pelajaran dr bulan 2 berat badan saya 72 kg tapi minggu lepas saya timbang sudah menjadi 68 kg itu cukup mengembirakan saya kerana sudah nampak hasil usaha saya selama ini. untuk pengetahuan dr itu saya berdiet tanpa senaman saya rasa kalau bersenam lagi cepat badan saya turun. dan sekarang segala makanan saya menjadi lebih teliti untuk memakannya.


No comments: